Pages

Saturday, May 22, 2010

Wanita Solehah

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini,

keayuan wanita solehah itu, tidak terletak
kepada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah,memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.

Kepetahan Wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah
bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan
kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita, jangan dibangga dengan kecantikan luaranmu,
Kerna suatu hari nanti ia akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,

Wahai wanita, jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang engkau kuasai,
Kerna ada manusia yang lebih berpengetahuan darimu,

Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Wahai wanita solehah,jangan dirisau akan jodohmu,
kerna muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut kepada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah di atas apa yang ada,
Serta berusaha demi agama Allah yang tercinta..


Be Who You Want

No comments:

Post a Comment