"Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, Akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan Hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya. Akhlak adalah tugu hiasan diri kita. Tanpanya hilanglah perhatian manusia pada kita."
Pages
▼
Thursday, May 27, 2010
Cantiknya..!
Apa yang Cantik??
Semua orang suka kepada sesuatu yang Cantik. Lumrah dan tabi'e bagi Manusia suka dan cintakan sesuatu yang Cantik zahirnya.
Bunga sangat Cantik..Baunya pun Harum..ramai orang apabila melihat bunga secara tak langsung terkeluar dari mulut mereka perkataan CANTIK..Tetapi, Cantik yang ingin saya maksudkan di sini adalah AKHLAK. Akhlak itu BUNGA Iman. apa maksudnya? Akhlak mencerminkan Iman seseorang, jika akhlak itu umpama bunga yang cantik, maka teballah Imannya. Dan jika akhlak itu umpama bunga yang sudah layu dan buruk bermakna nipislah Imannya. Betulkah?
Cuba perhatikan seorang Gadis berpakaian menjolok mata dikelilingi lelaki sebaya bertepuk tampar di tempat awam berbanding seorang gadis yang bertudung litup duduk penuh sopan menunggu bas. Tentu berbeza bukan?
"Sesungguhnya Akhlak Rasulullah SAW adalah AL-Quran".
Hadis ini jelas menunjukkan tentang keperibadian Baginda Rasulullah SAW yang tiada tolok bandingnya.
Seorang lelaki pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang akhlak yang baik, maka Baginda membaca kepadanya Firman Allah SWT:
"Jadilah Engkau seorang yang pemaaf, Suruhlah orang mengerjakan yang makruf dan berpalinglah dari orang-orang yang jahil." (Al-'Araf:199)
Anas Bin Malik berkata: "Seorang hamba dengan akhlaknya yang baik dapat mencapai darjat tertinggi di Syurga,sedangkan ia bukanlah seorang ahli ibadah. Dan dengan akhlaknya buruk akan terhempas ke dasar yang paling bawah ke dasar paling bawah neraka Jahanam, sedangkan ia seorang ahli ibadah."
Ibnu al-Mubarah pernah mendapat seorang teman seperjalanan yang buruk akhlaknya. Namun ia tetap bersabar dan sentiasa berusaha mengikuti kemahuan temannya itu. Dan ketika akhirnya mereka terpisah, Ibnu Al-Mubarah menangis. seseorang bertanya hal itu kepadanya dan ia pun berkata: " Aku menangisi orang itu.kini aku telah berpisah darinya,sedangkan akhlaknya yang buruk masih bersamanya,tidak terpisah darinya."
Diriwayatkan bahawa Umar r.a pernah meminta izin untuk menemui Baginda Rasulullah SAW seketika itu ada beberapa orang wanita dari kalangan Quraisy sedang berbicara dengan Baginda, suara mereka terdengar lebih keras daripada Baginda. Tiba-tiba ketika mengetahui Umar meminta izin untuk masuk, mereka bergegas menyembunyikan diri di bilik hijab. Dan masuklah Umar sementara Rasulullah SAW tertawa. Umar pun bertanya: Kenapa engkau tertawa ya Rasulullah? Jawab Baginda: " Sesungguhnya aku hairan melihat tingkah laku wanita-wanita yang baru sahaja bersamaku, ketika mendengar suaramu mereka segera menyembunyikan diri di bilik hijab."
Mendengar itu Umar berkata: "Sungguh engkaulah Ya Rasulullah, yang lebih patut mereka takuti daripada aku." kemudia ia menoleh ke arah para wanita itu seraya berkata: "adakah kalian takut kepadaku dan tidak takut kepada Rasulullah? mereka menjawab "ya, kerana kamu begitu keras dan begitu kasar, tidak seperti Rasulullah SAW!"
Dari hadis dan kisah ini jelas menunjukkan pentingnya soal menjaga akhlak. Dalam kehidupan seharian yang dilingkungi berbagai jenis manusia, akhlak adalah perkara utama, akhlak yang baik disenangi manakala akhlak yang buruk akan menambah musuh.
Apakah cara memperbaiki akhlak yang buruk?
Pertama, Bagaimana bentuk iabadat wajib kita seperti Solat terutamanya,pastikan ia benar-benar menurut apa yang diperintahkan oleh Allah,kerana solat mencegah daripada melakukan keburukan dan kemungkaran.
Kedua, dari mana sumber rezeki kita yang menjadi darah daging dan membentuk keperibadian kita.
Ketiga, siapakah rakan-rakan di sekaliling kita, jika semua rakan buruk akhlanya maka kita juga merasa tempiasnya.. "sesiapa yang berkawan dengan tukang besi, maka akan terperciklah bau besi padanya, sesiapa yang berkawan dengan pembuat minyak atar, maka akan terperciklah bau harum minya atar padanya.."
Inilah CANTIK yang sebenar lebih cantik daripada cantik Zahirnya.. marilah sama-sama kita mencorak akhlak dengan warna-warni yang harum semerbak kasturi.. Wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment