Pages

SweetMuslimah.com

Sunday, May 9, 2010

Semoga Roh Ibu Sentiasa Dicucuri Rahmat Allah..

Ibu bergenang air mataku
terbayang wajahmu yang redup sayu
kudusnya kasih yang engkau hamparkan
bagaikan laut yang tak bertepian
biarpun kepahitan telah engkau rasakan
tidakpun kau merasa jemu
mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
dari kecil hingga dewasa..

hidupmu kau korbankan
biarpun dirimu yang telah terkorban
tak dapat ku balasi
akan semua ini
semoga tuhan memberkati kehidupanmu ibu

ibu kau ampunilah dosaku
andainya pernah menghiris hatimu
restumu yang amat aku harapkan
kerana di situ letak syurgaku

tabahnya melayani kenakalan anakmu
mengajarku erti kesabaran
kau bagai pelita dikala aku kegelapan menyuluh jalan kehidupan

kasih sayangmu sungguh bernilai
itulah harta yang kau berikan

ibu dengarlah rintihan hatiku.. untukmu ibu..

ibu kau ampunilah dosaku andainya telah menghiris hatimu
restumu yang amatlah aku harapkan
kerana di situ letak syurgaku

tabahnya melayani kenakalan anakmu
mengajarku erti kesabaran
kau bagai pelita dikala aku kegelapan menyuluh jalan kehidupan

kasihanilah tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku

moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana..
moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana..

~ Semoga Roh Ibu sentiasa dicucuri Rahmat Allah.. Ameen ya Rabbal'alamin.. ~
( Ibu tercinta Al-Marhumah Junaidah Binti Taib : Al-Fatihah )






No comments:

Post a Comment