Pages

SweetMuslimah.com

Tuesday, May 18, 2010

Bercerita je lah...Salah ke??

Assalamualaikum.. akhawat-akhawat sekalian... =)untuk posting kali ni sy nk bincang topik hangat untuk muslimah khususnya... apa sebenarnya topiknya ya?? =) xlain dan xbukan topiknya ialah " MENGUMPAT ".. secara jujurnya, perempuan suka bercerita.. suka sangat duduk bersama-sama sahabat-sahabat bersembang..sy juga tidak terkecuali dalam hal ni.. =)

jadi..sebab itulah kali ini sy ingin membincangkan topik ini supaya kita semua tidak tergolong didalam orang2 yang terkutuk.. tidak salah untuk kita bersembang... berbual..kerana berbual itu dapat mengeratkan sillaturrahim sesama kita.. betul?
dari situ kita dapat kenal lebih dekat kawan2 dan sahabat2..

Tapi...
alamak..! ada tapi la..=)
tapi kita kena berjaga2.. kerana waktu kita bersembang untuk mengeratkan sillaturrahim sesama kita, ada satu makhluk ni dengki... dia xboleh tengok kita beruhkwah dengan baik..makhluk ni akan cari peluang sebaik mungkin untuk merosakkan semua tutur kata kita sewaktu kita bersembang.. jahat betol makhluk ni..xpe2.. kita jangan biarkan dy memperdaya kita..

mari sama-sama kita humban makhluk ni..biar padan muka dy!

ok.. mula2 kita mesti tahu dulu, apa perkara yang salah untuk disembangkan.. apa ya? bila kita tengah asyik bersembang..bersembang..
tiba2 ada perkara2 yang tidak sepatutnya kita bicarakan iaitu perkara itu apabila dituturkan menyebabkan seseorang marah dan benci..tidak kira samada berkaitan anggota badan,rupa,pakaian,tentang agama,tentang perilaku,perkataannya,dunianya,rumahnya,kenderaannya dan sebagainya la..

untuk lebih jelas lagi disini,apabila mengutarakan tentang badan umpamanya rabun mata,juling,botak,pendek,panjang,hitam dan yang lain2 yang menyebabkan seseorang itu marah..

contohnya dari segi bentuk rupanya seperti rupa buruk,hodoh,sombong,suka bermegah diri,pemalas,pengecut,degil,tidak pedulikan orang lain dan seumpama dengannya..

dari segi perbuatan yang berkaitan agama pula seperti penipu,pencuri,pendusta,kaki arak,pengkhianat,zalim,selalu melalaikan solat,tidak ambil berat pasal najis,tidak taat kepada ibu bapa dan sebagainya..

dalam kategori pakaian pula,seperti baju terlalu panjang,seluarnya terlalu labuh,bajunya kotor,berbau busuk dan lain-lain lagi..

semua kata-kata yang seumpama dengan ini walaupun apa yang disebutkan itu benar ada pada seseorang yang disebut namun ia tetap dikira mengumpat dan telah membuat maksiat terhadap Allah Taala..

Astaghfirullahal'azim.. mudah-mudahan Allah mengampunkan dosa-dosa kita semua..

akhawat-akhawat sekalian.. sebenarnya mengumpat tidak terbatas pada lidah sahaja.. termasuk juga mengumpat melalui sindiran..meniru perbuatan..mengisyaratkan..berkelip mata..menulis..

pendek kata apa-apa sahaja yang dilakukan untuk menunjukkan tujuan ghibah atau mengumpat maka ia dilarang dan dihukum haram.. Astaghfirullahal'azim.. Ya Allah..ampunkanlah dosa-dosa kami..

" saya xmengumpat, kawan-kawan saya yang mengumpat..saya dengar sahaja.." boleh ke kalau begitu?

Sabda Rasulullah SAW :
" yang mendengar itu adalah salah seorang dari orang-orang yang mengumpat "

orang yang mendengar orang yang mengumpat tetap menerima dosa yang sama kecuali sekiranya dia mengingkarinya dengan lidah.. jadi.. bila ada sahabat2 kita mengumpat dihadapan kita.. cepat2 kita menegurnya.. tapi kalu kita tidak mampu untuk menegurnya..cepat2 lah kita beredar dari situ dengan hati penuh kebencian terhadap perkara yang dilakukan..kemudian kita berdoa kepada Allah agar allah mengampuni dosa-dosanya dan memberikan petunjuk dan hidayah kepadanya..

akhawat sekalian.. saya pernah mengutarakan satu soalan kepada seorang ustaz..soalanya, kenapa kita ada perasaan takut dan ragu-ragu untuk menegur sahabat kita dari melakukan kemungkaran.. ustaz itupun menjawab pertanyaan saya.. "sebenarnya.. perasaan takut yang ada pada kita itu adalah disebabkan oleh kerana kita tidak sepenuhnya bersama serta Taqarrub pada Allah.. kurangnya amalan2 mendekatkan diri kepada Allah.. kerana kekuatan yang ada pada setiap manusia adalah kekuatan yang dikurniakan oleh Allah pada hambaNya yang dikasihi.."

Apa yang dibincang tadi adalah situasi menghadapi atau menegur orang yang mengumpat..
bagaimana pula sekiranya kita sendiri termakan dengan hidangan makhluk laknatullah itu... na'uzubillahiminzaalik....

sekiranya kita mendapati kita hampir terjerumus dengannya.. ingat semula semua peringatan-peringatan dan azab-azab Allah SWT terhadap orang-orang yang sering mengumpat..

Firman Alah SWT bermaksud :

"janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."

Sabda Rasulullah SAW:
" Janganlah kamu sekalian dengki-mendengki, janganlah benci-membenci,janganlah menambah harga terhadap barang yang dibeli oleh saudaramu, janganlah musuh-memusuhi,jangan umpat-mengumpat setengan kamu yang lain dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara "

Dari Jabir dan Abi said, Rasulullah SAW bersabda:
" Awaslah daripada mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina.sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat, maka diterima oleh Allah SWT akan taubatnya. Dan sesungguhnya seorang yang mengumpat, tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh orang yang diumpatnya itu "

insyaAllah.. lepas nisama2 kita saling ingat memperingati agar kita tidak termakan dengan hidangan makhluk laknatullah itu... mari kita humban mhkluk tu jauh-jauh.. insyaAllah..
sekiranya akhawat-akhawat sekalian melihat sy terleka atau alpa..tolong ingatkan saya.. manusia tidak lari daripada melakukan kesalaha dan kesilapan.. sama-sama kita hindari diri daripada perkara-perkara mungkar.. stakat ini dulu wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment