Pages

SweetMuslimah.com

Wednesday, June 8, 2011

Dah betul-betul tutup AURAT ke???



Assalamualaikum wbt..

akhawat-akhawat.. serta sohabiah-sohabiah yang dikasihi Allah SWT sekalian... =)
salam bersua kembali..dalam kesibukan..tugasan-tugasan..dalam kekalutan amal-amal jamaie..dalam kesempitan,kesesakan,semputnya waktu dalam kehidupan ini..


hati ini begitu tertarik untuk membicarakan satu perkara yang dikira amat "importand" bagi jiwa yang bergelar muslimah..

dalam kesempatan yang ada ini, diri ini ingin mengajak akhawat-akhawat yang amat disayangi, amat dicintai, amat dikasihi kerana Allah.. marilah sama-sama kita menilai diri kita sejauh manakah diri kita yang bergelar Muslimah benar-benar menyelusuri garis-garis panduan yang disyariatkan oleh syara'.. lihat juga sahabat2 kita yang berada diluar, yang masih lagi kurang dalam kefahaman mereka dalam mengikuti apa yang telah ditetapkan oleh syara'..

mari kita lihat betul2.. teliti sebaik mungkin.. adakah selama ini kita betul2 telah mengikuti cara-cara menutup aurat yang dituntut oleh Islam..???

KENAPA WANITA ISLAM WAJIB MENUTUP AURAT?
kerana ia termaktub di dalam Al-Quran, surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud :

"Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh badan mereka, supaya mereka lebih mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu"





BAHAGIAN MANAKAH YANG PERLU DITUTUP?

Rasulullah SAW telah bersabda :

"Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh melihat akan dia, melainkan mukanya dan kedua tapak tangannya..


Asma' Binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah SAw dengan memakai pakaian yang nipis. Sabda Rasulullah SAW : " Wahai Asma'! sesungguhnya seoprang gadis yang telah berhaidh, tidak boleh baginya menzahirkan anggota bada kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja ". (Riawayat Muslim dan Bukhari)


BAGAIMANA PULA MUKA DAN LEHER??
"Dan inggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliyyah terdahulu"

a.bersolek (make up)

b.menurut Miqtil: "sengaja membiarkan iakatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliyyah"

DADA??

"Hendaklah mereka orang perempuan melabuhkan kain udung hingga menutupkan dada-dad mereka.


BAGAIMANA PULA DENGAN WANGIAN??

"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata itu adalah zina."

(Riwayat Nasa'i, Ibnu khuzaimah dan Hibban)


ADAKAH KAKI BOLEH DIPERLIHATKAN??

"Dan janganlah meraka (perempuan)membentakkan kaki atau menggangkatnya agar diketahui perhiasan mereka sembunyikan" (An-Nuur;31)

a. Menampakkan kaki

b.Menghayunkan atau melenggokkan mengikut hentakan kaki

KEPADA SIAPA AURAT BOLEH DIPERLIHATKAN??


Akhawat-akhawat yang sgt dikasihi Allah sekalian..persoalan ini amat perlu dan sangat serta mesti perlu dititikberatkan oleh kita semua kaum Muslimah.. perlu yang teramat sangat kita mengetahui siapakah yang kita boleh memperlihatkan aurat kita dan kepada siapakah yang kita boleh memperlihatkan aurat kita.. sama juga.. siapakah yang kia boleh bersalaman dan dengan siapakah yang kita dilarang bersalaman dengannya...

ayuh kita perhatikan firman Allah SWT :

"Dan janganlah memperlihatkan perhiasan mereka kecuali kepada suami-suami mereka, atau bapa mereka,atau anak-anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka(anak tiri), atau saudara-saudara lelaki mereka,atau wanita-wanita (rakan sejawat atau yang berkhidmat) dengan mereka,atau hamba sahaya mereka, atau orang-orang lelaki yang menjadi pengikut mereka yang tidak mempunyai syahwat(nafsu) kepada perempuan, atau kanak- kanak yang belum timbul berahinya apabila melihat aurat perempuan" (An-Nur:31)

ingin ditekankan sedikit disini.. " saudara-saudara lelaki mereka.. " yang dimaksudkan saudara-saudara lelaki disini adalah saudara lelaki yang tidak boleh dikahwini..(lelaki ajnabi (pak saudara,datuk,tok yang,) kecuali suami kepada emak saudara, suami kepada kakak,mak sepupu.. pak sepupu, dua pupu,tiga pupu dan seterusnya.. walaupun suami kepada kakak kita, haram untuk kita kahwininya.. namun tetap aurat tidak boleh dibuka..kerana ia hanya haram sementara..begitu juga suami kepada mak saudara kita dia juga haram unuk dikahwini, haram sementara..

inilah yang ingin ditekan dalam pergaulan antara muslimah bersama kaum kerabat mereka.. hendaklah kita mengenali siapakah dan apakah pertalian antara kita dengannya..

JOM !!! kita "Check" betul x kita dah tutup aurat yang dituntut dalam ISLAM.....???

1) Pakaian ketat dan menampakkan susuk tubuh

Rasulullah bersabda maksudnya: "..hendaklah kamu meminjamkan dia baju yang panjang dan longgar itu".

*Solekan yang jelas dilihat (lipstik)

Allah SWT berfirman : "...pakailah perhiasanmu pada setiap waktu sembahyang. makan dan minumlah dan janganlah melampaui batas". Surah Al'A'raf :31




2) Tudung tidak menutupi dada

Allah SWT berfirman dalam surah An-Nur, ayat 31, maksudnya : hendaklah mereka tutupkan tudung (selendang) mereka ke leher dan ke dada mereka.."




3) Lengan Blaus Pendek
*tidak bersarung kaki

*Berbelah didepan

"Barangsiapa yang memakai pakaian yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhira nanti". (Riwayat ahmad Abu Daud, An-nasa'i dan ibn Majah)




4) *Tudung yang tidak menutupi dada

*tidak bersarung kaki.

*pakaian ketat yang menampakkan susuk tubuh

*blaus yang dipakai singkat


"katakanlah kepada perempuan yang beriman; hendaklah mereka merendahkan pemandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka..." surah an-Nuur :31



5) Tudung tidak menutupi dada.

*Lengan blaus pendek.

*Tidak bersarung kaki

*Kain yang di pakai terlalu singkat


"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat bukhari dan Muslim)



6) Kain yang dipakai terlalu singkat


Menurut riwayat Imam Tarmizi dan Nasa'i, dari ummu salamah R.a "Ya Rasulullah, bagaimana perempuan akan berbuat kain-kain mereka yang sebelah bawah? Sabda Rasulullah SAW:

"Hendaklah mereka memanjangkan barang sejengkal dan janganlah menambahkan lagi ke atasnya".





Ini lah kebiasaan yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita.. kadang-kadang apa yang menyebabkan terjadinya seperti di atas adalah kerana kurangnya kefahaman dan pengetahuan sebenar tentang penutupan aurat.. Oleh itu sohabiah-sohabiah sekalian..siapakah yang berperanan dalam memberikan kefahaman dan pengetahuan bagi mereka-mereka yang masih lagi keliru dalam penutupan aurat??


bagi mereka yang memahami dan mengetahui itulah yang wajib menerangkan kepada mereka yang tidak mengetahui..


JADI SAMA2 LAH KITA SEBARKAN KEPADA SEMUA SAHABAT-SAHABAT KITA DILUAR SANA UNTUK MEMEBERIKAN PENERANGAN DAN PENJELASAN KEPADA MEREKA AGAR MEREKA TURUT MEMAHAMI DAN MENGETAHUI CARA-CARA MENUTUP AURAT MENURUT iSLAM.. wallahu'alam.... =)



1 comment:

  1. Syukran. ..sgt suka dgn artikel ini... salam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot. com

    ReplyDelete