Pages

SweetMuslimah.com

Monday, May 9, 2011


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah..bersyukur kepada Allah..kerana nurul masih berpeluang untuk menulis kembali kisah2 hidup nurul setelah berbulan-bulan nurul menyepi tanpa bunyi detakan jari menekan cepisan2 huruf y merungkai segala isi hati-isi hati, suka dan duka yang mewarnai hidup nurul.. =)

Kini..

hidup nurul sudah tidak seperti dahulu lagi.. berubah?? Ya… berubah… amat berubah.. =) emmm… amat singkat perubahan ini berlaku.. tidak nurul sangkakan ia secepat ini..nurul masih merasa ianya masih di awangan.. dalam kayangan.. dalam lamunan.. mimpi?? Ya..mimpi.. nurul cuba juga menampar pipi ini..ia mengkhabarkan kepadaku.. ia realit !! reality nurul..!! ya..reality…. alhamdulillah.. bersyukur kepada Allahu rabbi..Dia telah menjadikan angan2ku menjadi satu yang bukan lagi fantasi.. bukan lagi mimpi dan bukan lagi hanya menjadi sekadar impianku..walhal ianya sudah menjadi reality dalam hidupku.. Alhamdulillah.. Nurul bersyukur kepada Mu ya Allah..tiada cukup nilai syukur nurul ini untuk membayar segala pemberianMu ya Allah…
imbau kembali lukisan pahit manis hidupku..
apakah yang menjadi angan2 dan impian nurul yang kini menjadi satu reality dalam hidup nurul…?? Bermulanya kelahiran nurul di muka bumi Allah ini.. nurul diberikan kenikmatan dan kebahagiaan dalam melayari hidup seperti mana insan yang lain juga..bahagia berada di samping keluarga.. ibu dan ayah tercinta.. berlayar.. menempuh ombak2.. ribut dan taufan.. lautan diredah walaupun kapal kadangkala tenggelam dan timbul kembali..namun tetap bersama ibu dan ayah serta keluarga tercinta..

namun…

Apabila Allah menyeru mengatakan “Kun Fayakuun..” maka inilah saat sauh dilabuhkan.. perhentian dihentikan di tengah2 lautan..lautan yang begitu luas..lautan yang amat dalam dasarnya.. ombak berputar2 dan merasa tempias percikan air dari putarannya.. amat menakutkan…amat mengerikan.. setelah lama nurul bersama ibu nurul menemaninya mencari penawar, mencari ubat, mencari penyembuh kepada penyakit ibu nurul “Kanser Payudara”.. dengan keadaan sepanjang perjalanannya yang amat menyukarkan..namun.. apakan daya melawan takdir ilahi.. ibu pergi dulu..pergi meninggalkan kami.. pergi meninggalkan nurul.. amat terasa hilangnya kasih seorang ibu… amat terasa sakitnya rindu kepada seorang ibu.. amat terasa pilunya apabila terlihat insan2 yang berbahagia bersama ibunya..

Namun…

Walaupun begitu.. hati ini terus memotivasikan diri.. terus menyeru diri ini untuk terus berlayar..terus meredah lautan2 bersama ayah dan keluarga tercinta walaupun pada saat itu.. perlayaran tidak lagi sepantas, selancar sewaktu hidupnya ibu besama kami..pelayaran dimulakan dengan perlahan..pada awalnya..perlayaran agak tenang.. air masih lagi tenang tidak mengganas…dalam ketenangan itu.. nurul memerhatikan gerak dan tingkah laku ayah amat menyayatkan hati..ayah yang kehilangan kekasih hatinya..sedngkan nurul begitu merasa kehilangan seorang ibu.. apatah lagi ayah yang begitu gersang jiwanya setelah perginya kekakasih hatinya..ayah… pilunya hati nurul melihat kemurungan ayah..begitu juga pilunya hati kakak2 dan abang nurul melihat kegersangan hati ayah.. perlayaran kapal masih tenang.. berlayar dengan perlahan2… pada saat itu kami cuba menarik layar mengikut arah angin yang masih lagi bertiup halus agar perlayaran semakin laju dan pantas..kami cuba mencari seseorang untuk mengisi ruang2 kegersangan jiwa ayah..alhamdulillah.. Allah jua menemukan seorang insan yang juga ditakdirkan untuk berkahwin bersama ayah yang pada ketika itu mengaharapkan ia dapat melancarkan perlayaran dengan baik dan sempurna..

Namun..

Apakan daya.. dia juga seorang insan.. tidak lari dari kelemahan..perlayaran yang tenang.. yang mengharapkan perlayaran itu semakin baik dan lancar.. tetapi.. ketika itu..ombak2 besar bergulung2.. mengganas.. ribut taufan begitu keras memancar..kapal perlayaran bergoncang2 ke kanan dan ke kiri.. nurul terpaksa berpegang kuat pada tali2 layar yang hanya boleh dicapai berhampiran yang juga hampir putus..hanya kepada Allah nurul berserah.. hanya Allah yang mampu membantu dan menyelamatkan perlayaran yang hampir karam..dengan kesepakatan kakak2 dan abang2.. kami cuba meredakan keadaan.. ikhtiar..berusaha dan berdoa..alhamdulillah.. keadaan sedikit reda..tetapi masih juga mengganas dalam sembunyi.. dalam kedaan itu nurul hanya mampu memerhatikan keadaan ayah.. saat itu juga nurul memikirkan.. ayah.. nurul tidak mahu lagi kehilngan orang yang nurul cintai.. nurul tidak mahu lagi kehilangan orang yang nurul sayangi.. nurul perit ayah.. nurul sakit..

Namun...

Apabila sekali lagi Allah menyeru mengatakan “Kun Fayakuun..” sekali lagi sauh terpaksa di labuhkan..sedangkan ketika itu.. ribut2.. ombak2… angin dan taufan begitu mengganas.. ayah… jangan tinggalkan nurul.. jangan pergi ayah.. jangan pergi… apakan daya melawan takdir ilahi kali kedua.. hanya pasrah dan reda sahajalah yang mampu terukir di bibir ini.. walhal ketika itu hati bagaikan dirobek2..dicarik2..dicincang2..betapa sakitnya untuk menghadapi hidup ini..kaki menjadi kaku..tubuh menjadi lesu..hati ini merasakan tiada apa lagi dalam hidup ini.. semuanya sudah menjadi gelap.. lorong2 cahaya sudah tidak kelihatan lagi..perlayaran tetap juga berlayar.. Perlayaran itu semakin kusam..sempit..gelap..lemas.. aahhh..sakitnya jiwa ini..

Namun..

Nurul tetap juga berlayar walaupun bersendirian.. kadang ke sana.. kadang ke sini.. mencari tempat perlindungan di rumah kakak2 dan abang2..alhamdulillah.. masih lagi diberi ruang untuk berlindung..berhari2.. berbulan2.. dan bertahun2.. nurul berlayar..berlayar dan terus berlayar.. kadang tenggelam….kadang timbul… kadang hanyut..begitulah perjalanan sepanjang perlayaran..dan menjadi impian nurul untuk kembali melayari bahtera seperti mana perlayaran yang pernah nurul berlayar pada satu ketika dahulu.. impian itu disemat di dalam jiwa.. di jadikan penguat..dijadikan pengobar semangat..dijadikan angan untuk mencapai kejayaan..kerana nurul yakin dengan dao yang nurul amalkan.. yang mana doa ini sahabat nurul yang ajarkan kepada nurul.. “inni musiibatie wakhlufli khairan minha”.. “sesungguhnya musibah yang diberikan kepada ku akan digantikan yang lebih baik..”

Sehingga kini… =)

Subhanallah… Alhamdulillah… Allahuakbar… terasa ingin menitiskan air mata.. betapa bersyukurnya nurul..doa nurul dimakbulkan.. bermula detik terasa bahang kegembiraan saat 20 februari 2011..bahang2 kebahagiaan mula dihembus angin..sehinggalah detik 26 mac 2011..bahang itu tidak lagi sekadar piasan.. bahkan bahang itu menjadi penyejuk hawa dingin yang menyelubungi jiwa dan hati nurul yang selama ini begitu gersang dan kosong..dengan kehadiran seorang insan sebagai pengganti kehilangan 2 jiwa.. dan Allah menggantikan dengan 4 jiwa.. Suami…Sahabat..Ibu..ayah… =) syukran ya Allah..nurul dikurniakn seorang suami yang sangat soleh dan taat pada Mu.. suami yang takutkan kepada azab Mu..suami yang sangat kuat perjuangannya terhadap agamaMu..suami yang sangat bertanggungjawab..suami yang sangat menyangi kedua ibubapanya.. suami yang sangat menyangi adik beradiknya.. suami yang sangat menyayangi nurul.. suami yang sangat menjaga kesopanannya.. suami yang sangat tabah.. suami yang sangat lemah lembut.. suami yang sangat bersemangat dalam mencapai kejayaan.. suami yang sangat pemurah… bagi nurul..dia lah segala2 bagi nurul..nurul rasa selmat bersama selagi mana dia bersama nurul.. nurul juga amat2 bersyukur diberikan seorang suami yang mampu memberikan dorongan kepada nurul dalam perjuangan nurul pada AgamaMu..syukur ya Allah.. syukur…Allahurabbi..


Dan kini..

Nurul juga digantikan dengan kehilangan dua ibu bapa nurul dengan ayah dan ibu mertua.. sudah lama nurul impikan..kerana ibu dan ayah yang digantikan kini sebenarnya amat mirip tingkah lakunya seperti ibu dan ayah kandung nurul.. sudah lama nurul perhatikan.. sudah lama..=) Alhamdulillah ya Allah..tidak terkira pemberianMu ya Allah..

Nurul juga amat bertrima kasih yang teramat sangat kepada sahabat nurul yang kini menjadi saudara ipar..yang merapatkan lagi hubungan sillaturrahim antara kami.. dialah yang banyak membantu nurul memberi kekuatan.. memberi semangat ketika nurul berada dalam kekacauan..kepiluan..kesedihan..dialah yang banyak mendorong nurul untuk terus berlayar.. dan dia jugalah yang merupakan salah satu penyebab pertemuan nurul bersama suami nurul kini yang tercinta..yang merupakan sebuah pertemuan yang tidak disangka2 yang menjadikan sebuah angan2 menjadi kenyataan..nurul amat menyayangi sahabat nurul..terima kasih atas segalanya..Allahu Rabbii..

8:47 pm /5 mei 2011 (Batu 3 kg kurnia)

No comments:

Post a Comment