Pages

SweetMuslimah.com

Monday, November 15, 2010

Al-Quran diabaikn.

Bismillahirrahmanirrahim. Allahummasolli'ala saiyyidina Muhammad..
Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah yang mentadbir sekalian 'alam ini. bersyukur kerana masih lagi diberi ruang dan kesempatan untuk hamba yang kerdil lagi dhaif ini memenuhi ruang blog ini.. untuk kali ini, saya ingin menyentuh sedikit fenomena yang berlaku dalam kalangan ummat Islam pada Zaman ini. Beberapa persoalan yang berlegar2 di benak pemikiran ini apabila melihat keadaan ummat Islam hari ini yang sangat membimbangkan. Antara persoalan2nya, Adakah ummat Islam hari ini sedang berada dalam kegemilangan? Jelas dan nyata tidak. Adakah ummat Islam hari ini sedang berada di bawah naungan Khilafah Islamiyyah? Jelas dan nyata tidak. Adakah ummat Islam hari ini digeruni dan ditakuti oleh kaum kuffar seperti mana gerunnya kaum musyrikin kepada ummat Islam saat kegemilangan Islam pada zaman pemerintahan Rasulullah, Para sahabat, dan disusuli dengan khilafah2 unggul seperti khilafah uthmaniah dan sebagainya? Sudah tentu jelas dan nyata tidak.
Sebak di dada mengenangkan susah payah Rasulullah serta para sahabat dan juga khalifah2 Islam memperjuangkan Khilafah Islamiyyah demi memayungi ke'izzahan Islam di seluruh pelusuk dunia. Mereka berjuang habis-habisan, harta, jiwa dan raga sehingga berjaya menggapai kegemilangan Islam.
Namun hari ini, di mana ke'izzahan Islam? Di mana kegemilangan Islam? Di mana pejuang2 Islam yang sanggup menggadaikan harta,jiwa dan raga demi mengembalikan kegemilangan Islam yang pernah digapai satu ketika dahulu.
Bukanlah kegemilangan yang digapai kini, malah penghinaan yang berterusan. Tiada lagi kegerunan terhadap Islam seperti mana Gahnya Islam satu ketika dahulu. Apakah sebenarnya Punca kelemahan yang berlaku terhadap Ummat Islam pada hari ini? Puncanya kelemahan Islam pada hari ini ialah apabila Al-Quran diabaikan. Al-Quran merupakan pelengkap hidup, panduan hidup. Sekiranya diabaikan, maka di situlah kelemahan Ummat Islam hari ini. sudah jelas menunjukkan bukti bahawa pada zaman ini benarlah, al-Quran diabaikan, sebagaimana firman Allah SWT :
" Dan Rasul ( Muhammad ) berkata : " Ya Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini suatu yang diabaikan ". ( Surah Al-Furqan : ayat 30)
Subahanallah, hebatnya Al-Quran. jelas terbukti kebenaran ayat ini bahawa sesungguhnya ummat pada hari ini telah mengabaikan Al-Quran. sedangkan Allah juga telah berfirman :
" Maka janganlah engkau taati orang kafir dan berjuanglah terhadap mereka dengan Al-Quran dengan semangat perjuangan yang besar". ( surah A-Furqan : ayat 52)
Ayat ini jelas menunjukkan Allah memerintahkan hambanya berjuang menentang orang-orang kuffar dengan Al-Quran dan semangat perjuangan yang besar. Jika kita lihat pada hari ini, serangan bagaimana yang digunakan orang2 kuffar? mereka menggunakan serangan2 pemikiran, dan serangan2 inilah perlu ditentang, dilawan dan dipertahankan dengan kefahaman Al-Quran yang jelas. Tapi malangnya, bagaimana penentangan ini boleh dilakukan dengan semangat juang sedangkan Ummat Islam pada hari ini sendiri mengabaikan Al-Quran. Oleh itu, ayuhlah sama2 kita mengkaji, memahami,dan meneliti isi Al-Quran bukan sekadar menghafaznya sahaja untuk dijadikan senjata utama bagi Ummat Islam hari ini menetang serangan2 serta penentang2 Agama Allah SWT. semoga Keizzahan serta kegemilangan Islam dapat digapai semula. Sisipan ini saya nukilkan untuk diri saya dan juga sahabat-sahabat perjuangan saya serta semua Ummat Islam agar kita semua dapat mencari punca kelemahan Islam pada hari ini.. sekian wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment