Bismillahirrahmanirrahim... dimulakan dengan kalam bismillah..
saat ini malam yang agak tegang dengan dentuman-dentuman ribut dan petir.. ketika ini terasa suram dan kesunyian dek kerana musim cuti yang masih belum habis sedang dinikmati oleh semua pelajar KIAS pulang ke rumah bercuti rehat bersama ayah,ibu,kakak,abang dan adik tercinta..seronoknya jika aku juga dapat merasai sedemikian..
tiba2 aku merasa pilu di hati.. terasa juga bagaikan hatiku disentak oleh sesuatu..sentakan itu membuatkan fikiranku sentiasa melayang-layang memikirkan sesuatu..sentiasa berfikir..berfikir..berfikir..dan berfikir...
ketika ini, aku diamanahkan memegang jawatan yang dikira berperanan penting di kampus KIAS ini dalam melaksanakan Amanah Allah dalam mengembangkan lagi kefahaman-kefahaman Islam kepada semua sahabat-sahabat yanag menuntut bersama-samaku di KIAS ini..Alhamdulillah..aku diberikan kekuatan..serta dorongan daripada sahabat seperjuanganku untuk terus melaksanakan misi perjuangan Islam ini di KIAS..
namun.. seusai sahaja aku mendirikan solat,berzikir dan berdoa diwaktu maghrib dan isya' sebentar tadi..aku dikejutkan dengan satu panggilan..daripada orang yang aku sangat hormati, sangat menyanjunginya dalam keaktifannya memperjuangkn Agama Allah.. dialah juga yang membuka mindaku mengenal erti perjuangan.. mengenal erti pengorbanan..mengenal jerit perihnya perjuangan..walaupun hanya sebentar..namun segala apa yang diberikannya itu dapat mengikat dan menarik diri ini kepada perjuangan.. sudah lama kami tidak bersua..dikala itu diri ini sedikit terlena..terlena dari perjuangan..
panggilan itu dijawab dengan penuh berhati-hati..soalan demi soalan dilontarkan olehnya..menguji..adakah aku masih di garis yang sama seperti dulu..atau aku sudah keluar dari garisan yang pernah diluruskan olehnya satu ketika dahulu.. namun aku sedar.. terdapat perubahan yang berlaku dalam diriku ini setelah sekian lama aku mendiamkan diri di sini.. ketika itu hatiku disentak.. mindaku diketuk kembali dan sekarang fikiranku tidak henti-henti memikirkan.. benarkah aku.. cukupkah aku dengan perjuangan yang aku laksanakan sekarang ini.. dan adakah perjuanganku sekarang ini benar-benar perjuangan yang tulus ikhlas dari hati dan sanubariku? ataupun ia sebenarnya sekadar menjalankan tugasan yang dikehendaki oleh sekelompok manusia..? dan bagaimana pula keadaanku seusainya aku tidak lagi memegang jawatan ini setelah tamat pengajian di KIAS ini.. adakah aku tetap akan bersama dalam perjuangan..? ataupun terus mendiamkan diri menyepi tiada berita.. hhmm...
No comments:
Post a Comment