Pages

Friday, April 23, 2010

Syukur Ya Allah ..

Alhamdulillah..menitis air mata tanda kesyukuran.. tika diri semakin gundah, semangat juang semakin luntur,nafas2 lemah menghembus, namun Allah masih lagi mengustuskan sahabat-sahabat untuk membisikkan semangat-semangat perjuangan untuk meneruskan liku-liku jalan dakwah Allah SWT.. betapa sayunya hati ini apabila merasai hembusan-hembusan semangat yang berterusan.. sangat bermakna ukhuwwah keimanan.. nilainya tidak terhingga.. tidak terkira..
hatiku kian menghimpit.. smakin terasa kepahitannya.. tapi setelah mendapat kembali ruh-ruh perjuangan dari sahabt-sahabat... diri ini tetap tegar.. tetap berdiri teguh.. bangkit kembali..membina semangat baru...
ingin saya kongsikan bersama, lontaran-lontaran semangat dari sahabat2 yang sama2 berjuang demi kasih dan cinta Allah.. marilah kita sama-sama renungkan dan bina semangat baru dengannya..

" apabila kita hidup untuk diri sendiri,hidup kita akan jadi sempit, tapi apabila kita hidup untuk orang lain, hidup jadi sangat bernilai.."
dlm buku jundullah tsaqofan wa akhlaqon,ada sebut 5 ciri hizbullah yg Allah janjikan kemenangan iaitu:
1-wala. 2-mahabbah. 3- azillatin 'alal mukminin. 4-a'izzatin alal kaafirin. 5-jihad
(sahabat tersayang syifa' hanani bt Mohd syukry )

" Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya,nescaya Dia akan mengujinya dengan kesulitan " ( sahabat yang disayangi Nazirah Bt Wahab )

" Dalam berpesatuan kena banyak berlapang dada, walau beza pendapat. xsalah beza pendapat asal satu matlamat."
"Membentuk manusia bukan seperti membentuk bangunan, batu bata, simen xde aqal, akur pada tukang nak bentuk macmne, xmemberontak sikit pun.. manusia lain..ada nafsu,otak,aqal... iman naik turun..perlu ditegur,diperhati,dibimbing..kita orang atas perlu nilai jugak keputusan pandangan orang bawah.."
"Tanpa sifat sabar dan doa untuk memperoleh yang baik, segala proses akan jadi sia2.. seorang aktivis dakwah sejati selalu bangga dengan identitinya sebagai seorang muslim, teruskan perjuangan."
" kita hadapi cabaran dengan dimana orang tolak dakwah kita, jangan emosi hingga kita balas kata2 kesat, kemudian kita putus asa lalu jadi lesu dan patah arang, akibatnya dakwah yang Allah muliakan dibiarkan sahaja."
" Saat awal kita mendayung perahudan menarik sauh bahtera gerakan dakwah dengan kelompok yang sangat kecil dan sering diperkecilkan. tetapi ingat apabila ia layar bergerak laju insyaAllah semua kan pandang kita.. satukan hati2 kita semua.." ( sahabat seperjuangan )

" kita sebagai ketua kena banyak bertolak ansur dengan barisan pimpinan kita, tapi kena tegas jugak dalam sesuatu keadaan"
"Kita sekarang diperingkat takwin(pembentukan) iaitu menimba pengalaman, tapi dalam masa yang sama kita di peringkat Tanfiz (perlaksanaan) amanah yang kita pegang sekarang. InsyaAllah Allah akan mempermudhkan jalan untuk hambanya yang berjuang di jalan Allah." (sahabat seperjuangan)

" Ujian hidup adalah 'guru' yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik, ia hakikatnya komunikasi tanpa suara antara Allah dengan hambaNya.. kecil atau besarnya ujian itu adalah takdir,USAH DIPINTA KECILAKN UJIAN, TAPI PINTALAH DIBESARKAN IMAN.." ( Sahabat seperjuangan )

" Rasulullah says: Bertaqwalah kamu di mana sahaja kamu berada,iringilah setiap perbuatan dosa dengan amalan kebaikan yang akan memadamkan dosa itu dan pergaulilah manusia dengan akhlak terpuji.." ( Sahabat ku sayang Kauthar Izzati Bt Mohd Shukry)

" Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan,tapi hanya Allah sahaja yang tahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupan manusia, Riang ketawa tapi hanya Allah sahaja yang tahu rahsia kehidupannya.. jika kau kecewa, pandanglah ke sungai,airnya mengalir biarpun berjuta batu menghalang.. jika kau sedih, pandanglah ke langit, kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu.." ( Sahabatku sayang Mahsuri )

Terima kasih dan syukran kathir sahabat-sahabat sekalian.. diri ini sentiasa memerlukan kalian.. tiuplah semangat dan kekuatan buatku.. semoga kita sama-sama thabat dalam menempuh onak duri perjuangan...

No comments:

Post a Comment