Alhamdulillah.. masih diberi kesempatan untuk berkongsi sedikit Pencarian. perkongsian untuk kali ini saya mahu bincangkan mengenai USRAH.. apa itu USRAH ya?? ia adalah daripada perkataan Arab.. yang bermaksud.. KELUARGA.. dalam Inggeris pulak Family..hehe yang mana merupakan satu kumpulan individu muslim yang beriman kepada Allah SWT, berusaha untuk tolong menolong sesama mereka yang memahami ajaran Islam dan melaksanakan Amal Islami sebagai menyahut seruan Allah SWT.
Jika kita perhatikan, tidak ramai yang memahami bahawa Usrah ini satu kepentingan dalam Tarbiyah Islamiyah. Apa yang pasti, ia adalah komponen asas dan nadi dalam perjuangan Islam. Tanpa Usrah lunturlah komitmen dan semangat Cintakan Islam di kalangan Individu muslim. Usrah bukan sahaja medan Ilmu semata-mata malahan ia merangkumi proses pentarbiyahan individu yang berperanan besar dalam membentuk acuan peribadi muslim yang sebenar sebagai hamba dan khalifah Allah SWT.
Imam hassan Al-banna menggariskan 3 Rukun USRAH sebagai panduan. Pertamanya Taaruf, perkenalan dan berkasih sayang dengan semangat cintakan agama Allah.
Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW yang beerti
" orang muslim ialah saudara muslim bagi muslim yang lain, ia tidak menzaliminya dan membiarkannya."
Kedua, Tafahum. iaitu saling bersefahaman sesama ahli Usrah dalam beramal dan bertidak terhadap sesuatu perkara apabila wujudnya persefahaman maka segala nasihat-mensihati perkara yang baik akan membuahkan kasih sayang antara ahli usrah dan perasaan shak wasangka hilang serta hasad dengki akan terhindar.
Ketiga, Takaful, iaitu wujudnya perasaan tolong menolong dan bantu membantu di kalangan ahli usrah dan masyarakat sekelilingnya.Dasar takaful ini merupakan tunjang Iman dan Intipati ukhuwwah sejati.
Secara amnya.. dalam usrah ini dapat menghidupkan budaya nasihat menasihati sesama ahli disamping dapat mengasah kebolehan mereka dalam memberi pandangan dan idea mereka ketika dalam komuniti usrah serta melahirkan mereka yang mempunyai ilmu yang tepat dan sahih, memahami fikrah dan matlamat perjuangan dan sanggup berkorban. melalui proses ini juga Usrah dilihat berperanan besar dalam mendominasikan biah solehah di kampus. sepertimana yang kita tahu, kampus adalah temapat persinggahan untuk mengutip mutiara ilmu dan pengalaman.Maka di sini memnuntut generasi Mahasiswa supaya sentiasa bersedia dengan disiplin yang diceburi disamping mendekatkan diri dengan pelbagai soft skills seperti problem solving, communication skills dan charismatics. Tambah pula kita sebagai ulama' muda harus lebih berperanan sebagai duta penyelamat dan kasih sayang kepada masyarakat dan selalu menjadikan diri kita sentiasa terpanggil untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat tidak kira kecil ataupun besar sumbangan tersebut inilah yang patut diimpikan oleh semua mata rantai perjuangan Islam.
Konklusinya, dapat dirungkaikan di sini bahawa Usrah memberi suatu kepentingan kepada kita bahawa pentingnya kita mengadakan dan mengikuti Usrah. Dengan Usrah dapat memupuk rasa kasih dan sayang serta kemesraan kerana Agama Allah berdiri di atas Ribatil Iman dan ukhuwwah. Ia juga mendidik hati-hati mereka yang bersama dalam Usrah supaya menjadi insan yang bertanggungjawab terhadap Agama Islam bermula dari diri keluarga dan Masyarakat sehinggalah mengunjur kepada pembinaan Daulah Islamiyyah disamping dapat mengukuhkan Ukhuwwah Islamiyyah. InsyaAllah... Semoga Ia terlaksana dengan jayanya..
No comments:
Post a Comment