Pages

SweetMuslimah.com

Wednesday, March 17, 2010

Secebis Mutiara Kata Jalinan Kasih

" Ukhuwwah yang terbina persis sekuntum bunga,
Jadikan ukhuwwah itu menjadi ikatan murni,
lalu menjadi sebuah kasihku abadi."

" sayangailah sebuah perkenalan,
kerana di situ terciptanya kemesraan,
Kenangi sebuah pertemuan,
kerana di situ tercipta sebuah kerinduan.
hargai setiap ikatan ukhuwwah kerana itulah Rahmat tuhan."

"Persahabatan yang terjalin tidak semestinya kita selalu berjumpa,
ketahuilah bahawa nilai seorang sahabat itu adalah bermakna
Dan doa seorang sahabat lebih penting dalam solatnya
kerana doa itu dapat mengukuhkan lagi tali persahabatan
yang telah terjalin sekian lama mahupun baru terjalin."

"Siang akan sepi tanpa mentari,
malam akan sepi tanpa rambulan,
hidup akan sunyi tanpa teman,
hati tiada erti tanpa iman,
moga uhkuwwah yang terbina akan berkekalan ,
doa dari hati yang ikhlas." =)

Friendster Comment Graphics

No comments:

Post a Comment