Pages

SweetMuslimah.com

Sunday, March 21, 2010

"Muslimah sayap kiri Perjuangan"



Muslimah sayap kiri perjuangan?? ya.. muslimah merupakan sayap kiri dalam perjuangan menegakkan Islam.
sayap kanannya siapa? sudah semestinya mereka adalah para shabab yang berjuang menegakkan Islam di muka bumi Allah ini.. wahai pembaca sekalian.. cuba kita bayangkan.. bagaimana sekiranya seekor burung yang terbang patah sayap kanannya.. adakah burung itu mampu terbang?? tidak... burung itu akan jatuh.. jatuh terhempas ke bumi.. begitu juga Para shabab yang berjuang di jalan Allah.. tanpa sayap kiri perjuangan.. mereka akan tersungkur..
MUSLIMAH SAYAP KIRI PERJUANGAN.. BUKAN MELUMPUHKAN SAYAP KANAN PERJUANGAN!!

Apa erti melumpuhkan sayap kanan??

Melalaikan para shabab daripada berjuang kepada Islam, menarik mereka kepada nafsu-nafsu, melupakan mereka kepada CINTA hakiki (Allah S.W.T), menghanyutkan mereka dengan keseronokan daripada Zikrullah.. Semua ini melemahkan para pejuang Islam yang menjadi harapan Islam yang merupakan " JIL AN-NASRUL Al-MANSHUD"
( Generasi yang dibantu oleh Allah yang ditunggu2 ) NA'UZUBILLAHIMINZALIK WA ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM..

Apa erti Muslimah sayap kiri perjuangan??

Membantu para shabab dalam memperjuangkan Islam.. bukan melemahkan mereka..tp menolong kerja2 mereka supaya memudahkan perjuangan mereka.

cabaran untuk menjadi sayap kiri yang kukuh ada 4 aspek :

1) Cabaran diri sendiri
2) Cabaran Keluarga
3) Cabaran persekitaran
4) Cabaran Antarabangsa

(إن تنصرالله ينصركم ويثبت أقدامكم
)

Cabaran diri sendiri

Cabaran keluarga sebelum Kahwin


Cabaran keluarga selepas berkahwin


Faktor persekitaran ( 3 S )









Faktor Antarabangsa


oleh itu Muslimah sekalian.. mari kita buka mata.. lihat cabaran2 yang perlu kita hadapi...Sanggupkah kita biarkan cabaran2 ini menguasai diri kita?? sanggupkah kita lihat remaja2 Islam yang hanyit dengan cabaran2 ini..?? sanggupkah kita Biarkan para Shabab yang merupakan harapan Islam terlena dengan Lambaian2 wanita dan terjerumus dalam lembah nafsu??

Ayuh...!! ayuh muslimah.. kita bangkit.. bangun dari lenamu itu..

Jadi, apa yang patut kita lakukan??
kita, sebagai Mahasiswa Islam,mesti berusaha berhadapan dengan semua cabaran2 ini.

  1. Ikhlas kerana Allah. setiap pekerjaan mestilah berlandaskan prinsip Ubudiyyah.. semata2 kerna Allah. dan mahir dalam metodologi Dakwah.
  2. Kita mestilah meningkatkan Ilmu pengetahuan ( thaqafah ) memahami sepenuhnya pembelajaran ilmu.
  3. Di era global ini, sudah semestinya kita perlu menguasai Ilmu ICT.. supaya kita dapat meluaskan lagi penyebaran dakwah Islam.
  4. Kita juga mestilah mengahadiri program2 Pengisian Rohani dan Tarbiyah diri. kerana dari situ kita dapat meningkatkan kekuatan Iman dan Taqwa kita kepada Allah. supaya kita tidak Mudah Futur di Jalan Allah.
  5. Mesti bijak menggunakan masa.. kerana sesungguhnya Musuh2 kita tidak tidur kerana bekerja untuk memusnahkan agama Allah.
  6. Mantapkan Sakhsiah diri. supaya apa yang kita dakwahkan mudah diterima oleh orang yang kita dakwahkan dengan sakhsia dan akhlak yang kita tunjuki.

kepada semua Muslimah.. semoga sama2 kita dapat laksanakan tanggungjawab kita sebagai Seorang Muslimah.. Jundatullah.. Yang sentiasa membantu Agama Allah. Insya Allah.. semoga kita mendapat petunjuk dan Rahmat dar Allah S.W.T.. Ameen ya rabbal 'alamin..

No comments:

Post a Comment