Pages

SweetMuslimah.com

Thursday, March 25, 2010

Hidup Pejuang


Hidup pejuang ditaburi permata
Bukan jua dipuji dan dipuja
Malah bukan jua merasa senang dan selesa
Lantaran pilihan hidupnya sebagai mujahid muda
Letakkan Maqasid umurnya pada sang pencipta
Masa pejuang diisi dengan zikrullah
Meskipun dalam penat lelah
Tetap terus beramal ibadah
Dan sentiasa menjaga ruhiyyah
Lalu dia menjadi pejuang yang kuat dan tabah
Dalam mengharungi segala mehnah
Dirinya terpancar Izzah
Lantaran keindahan kalam yang dimagari
Yang mampu mengubati hati yang gundah
Malah yang lalai dari Allah
Kembali ke jalan yang terarah
Akhlak pejuang sangat indah
Natijah mencontohi Rasulullah dan Para Sahabah
Tidak pernah disungut bila diarah
Malah sentiasa meletakkan Thadhiyyah
Sebagai aplikasi berhemat
Ithar jua sentiasa disemat
Meskipun jua sekadar salamatus sadr

Sedarilah wahai pejuang sekalian
Tanggungjawab lebih banyak daripada masa yang diperuntukkan
lantaran taklifan bukan Tasyrifan
Ia amanah yang patut digengam
Biar membara lestari memekar
Selamanya meletakkan jihad yang agung
Meletakkan Islam di pasak yang terunggul
Pastikan terbina Daulah Islamiyyah yang syumul
Kerana Allah telah menjanjikan
Islam itu yang teragung
Dan tiada yang lebih tertinggi dan teragung
Melainkan Deenul Islam yang dijunjung
Moga ia akan terus terbela

KERANA ITULAH JANJI PENCIPTA YANG MAHA ESA

No comments:

Post a Comment