Bismillahirrahmanirrahim.. Kali ini saya ingin berkongsi Kisah teladan tentang seorang abang yang menceritakan kisah adiknya yang merupakan seorang remaja Wanita yang keliru dengan kehidupan Remaja Muslimah yang sebenar. Ikutilah kisah ini, kerana kisah ini menggambarkan realiti kehidupan Masyarakat Islam kini. Kisah ini juga memberi banyak pengajaran kepada kita terutamanya kepada Remaja Muslimah. Semoga kalian dapat mengambil semua itipatinya dengan baik… teruskan membaca ya….
Kisah bermula….
Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.
Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru AL-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yamg terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.
Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara agak keras , “ cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama macam orang yang tidak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang,pegang-pegang tangan. Ani ni, walapun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!”
Pada suatu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu Khoiri, ( nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan ). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa mereka tinggal berhampiran di rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada orang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.
Perkara ini sudah sampai kepada adik. Dia bertanya kepada saya, “abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta,bisu dan tuli?” Lalu saya pun menjawab sambil lewa, “kalau nak tahu sangat, pergi rumah mereka, Tanya sendiri.” Rupa-rupanya daik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajah yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi…. Entah apa yang dah berlaku..
Namun, selang dua hari kemudian dia meminta ibunya buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh…. Lengan panjang pulak tu… saya sendiri jadi bingung.. bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib.. ya, saya kata kan ajaib kerana dia berubah seratus-peratus!
Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanita yang datang ke rumah yamg hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah… saya lihat.. dia banyak merenung, banyak membaca majalah Islam (biasanya dia suka membeli majalah hiburan), dan lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri .. tak ketinggalan tahajudnya, baca quran nya, solat sunatnya.. dan yang lebih menkjubkan bila kawan saya datang dia menundukkan pandangan… Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya.
Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah. Dalam perjalanan saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.
Ketika saya sampai di rumah.. di depan pintu sudah ramai orang.. hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.. saya berlari masuk ke dalam rumah.. saya lihat ibu menangis… saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya… dalam esak tangisnya ibu memberitahu “Dhi, adik boleh mengucap kalimat Syahadah di akhir hidupnya”.. air mata ini tak dapat ditahan lagi..
Setelah selesai pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik memhabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai.. sehingga sampai pada satu halaman yang menjawab segala persoalan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu Khoiri.. disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soal jawab ( saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas air mata )…..
Annisa : Aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari “ mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik.”
Isteri jiranku: Alhamdulillah.. sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati
Annisa : tapi mak cik kan dah ada enam orang anak.. tapi masih kelihatan cantik??
Isteri jiranku : Subhanallah … sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak … siapakah yang boleh menolaknya?
Annisa : Mak cik .. selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung.. tetapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tidak memamakai tudung asalakan saya berkelakuan baik. Saya tengok ramai wanita yang memakai tudung tetapi kelakuannya melebihi kami yang tidak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat makcik bagaimana?
Isteri Jiranku : Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita.
Annisa : tapi saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok…
Isteri Jiranku : Tudung hanyalah kain, tapi hakikatnya atau makna di sebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami..
Annisa : apakah hakikat tudung?
Isteri Jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi matamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara sia-sia… sentiasalah lazimi lidah dengan zikir-zikir kepada Allah SWT, lindungi telingamu dari mendengar perkara-perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lidungi tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu…itulah hakikat tudung…
Annisa : Mak cik sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung… mudah-mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi macmne saya nak buat semua tu?
Isteri Jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat, bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan ‘tudung’ hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa, ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan.. ketika ditiup sangkakala yang kedua , pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya,sanak-saudara tidak kenal satu sma lain lagi, antara satu sama lain boleh jadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari sesuatu segala yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing-masing hanya mempedulikan nasib dirinya. Dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam-macam rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya, namun buta ketika dibangkitkan,ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis…menangis.. dan menangis kerana hari itu Allah SWT murka…
Belum pernah Allah SWT Murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke timbangan Mizan. Hari itu dipanggil hari HIsab… duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Allah yang Maha Perkasa, yang Maha Besar, yang Maha kuat, yang Maha Agung….. Allah SWT.
Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di dini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan air mata yang jatuh dari pelupuk matanya…
Subhanallah…
Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil di bawah tulisan itu “buta,tuli,bisu..” wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mmengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia-sia… “tak tahan air mata ini pun jatuh..” Semoga Allah SWT menerima adikku di sisinya… Amin …. Subhanallah… Tamat..
Pilu rasa hati.. menebal keinsafan yang hadir.. subhanallah.. bagaimana pula dengan kita?? Ya Allah..kurniakanlah kami RahmatMU…..
No comments:
Post a Comment